PENGAJARAN YANG DAPAT DIPEROLEHI MENERUSI
TRAGEDI TERSEBUT
masyarakat haruslah tidak bersikap rasis antara kaum kerana rusuhan kaum yang wujud tidak menguntungkan sesiapa malah merugikan semua pihak dengan kehilangan nyawa,kerosakkan harta benda serta menyebabkan ekonomi negara juga turut merosot.Oleh hal yang demikian,untuk mewujudkan suasana yang harmoni,masyarakat yang berbilang kaum haruslah bersikap toleransi antara satu sama lain agar dapat mengelakkan peristiwa 13 Mei 1969 berlaku lagi.
✏️Apabila sebilangan besar rakyat yang miskin wujud dalam sesebuah negara,perpaduan nasional tidak akan dicapai.Hal ini demikian kerana,perkara ini menimbulkan ketidakpuasan hati apabila mereka berasa dipinggirkan.Jadi untuk mengelakkan hal ini terjadi,pemimpin negara haruslah memainkan peranan dengan berlaku adil dan tidak berat sebelah dalam ekonomi sesuatu kaum agar jurang ekonomi untuk setiap kaum berada dalam keadaan stabil.
✏️setiap rakyat haruslah menghormati satu sama lain tidak kira dari aspek menghormati adat resam,budaya serta agama sesuatu kaum.Sebagaimana yang kita sedia maklum,negara Malaysia terkenal dengan masyarakat majmuk yang terdiri daripada pelbagai kaum.Jadi,terdapat pelbagai budaya yang wujud dalam negara.Oleh itu, setiap masyarakat mestilah menghormati budaya sesuatu kaum agar perpaduan terus terjalan antara sesama insan.Justeru itu,tiada pergaduhan atau perbalahan yang berkait dengan isu perkauman antara kaum akan terjalin.
Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan. 211 kenderaan musnah.
Statistik tidak rasmi jumlah kematian:
Melayu : 86 orang
Cina : 342 orang
Lain-lain : 3 orang
Statistik tersebut tidak begitu tepat kerana daripada kacamata orang ramai yang menjadi saksi, mereka melihat berderet-deret lori membawa mayat yang tidak sempurna ke balai polis Jalan Travers waktu itu
KESIMPULAN;
"Peristiwa 13 Mei memberi peringatan tentang kebenaran peribahasa kalah jadi
abu, menang jadi arang kerana konflik itu merugikan semua kaum, selain menjejaskan imej negara di persada antarabangsa."
"Peristiwa ini perlu selalu diperingat kepada rakyat agar kita semua bukan sahaja perlu muhasabah diri pada setiap masa, lebih penting lagi ialah kita hendaklah memastikan ia tidak berulang lagi dengan menentukan hubungan etnik sentiasa baik,"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan