Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah insiden rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini telah meragut nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum 10 Mei 1969" merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia.
OBJEKTIF
- Mengkaji dan menganalisis faktor-faktor serta memahami punca yang menyebabkan berlakunya tragedi 13 mei 1969 ini.
- Menarik perhatian kepada kepentingan perpaduan antara kaum di Malaysia.
- Meningkatkan kesedaran masyarakat, terutamanya generasi muda, tentang sejarah negara.
HURAIAN RINGKAS
Dalam penulisan blog, Tragedi 13 Mei 1969 merujuk kepada rusuhan kaum yang berlaku di Malaysia, khususnya di Kuala Lumpur, pada 13 Mei 1969.Tragedi ini sering dibincangkan sebagai salah satu peristiwa hitam dalam sejarah Malaysia yang menunjukkan bahawa pentingnya perpaduan kaum dan toleransi dalam masyarakat yang berbilang kaum.Peristiwa ini juga menjadi pengajaran penting kepada kepentingan kestabilan politik, keharmonian sosial, dan usaha untuk mewujudkan keadilan sosial di Malaysia.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan